WASIAT MALAIKAT KEPADA RASULULLAH UNTUK BERBEKAM
1. Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah s.a.w barsabda :
“Tidaklah aku berjalan melewati segolongan Malaikat pada malam aku diisra’kan , melainkan mereka semua mengatakan kepadaku : “ Wahai Muhammad, engkau harus berbekam.”
2. Dari ‘Abdullah bin Mas’ud, dia berkata :
“Rasulullah s.a.w pernah menyampaikan sebuah hadith tentang malam di mana beliau diperjalankan bahawa beliau tidak melewati sejumlah Malaikat melainkan mereka semua menyuruh beliau dengan mengatakan : “ Perintahkanlah umatmu untuk berbekam.”
3. Dari Ibnu ‘Umar, Rasulullah s.a.w bersabda :
“Tidaklah aku melalui satu dari langit – langit yang ada melainkan para Malaikat mengatakan, ‘Hai Muhammad, perintahkan umatmu untuk berbekam, kerana sebaik-baik sarana yang kalian pergunakan untuk berubat adalah bekam, al-kist, dan syuniz semacam tumbuh – tumbuhan.”
4. Dapat di katakan, kerana berbekam memiliki nilai yang sangat agung dan pengubatan dengannya merupakan penyembuhan dari segala macam penyakit, khususnya jika dilakukan tepat pada waktunya, para Malaikat telah mewasiatkan hal itu kepada Rasulullah s.a.w. Malaikat mewasiatkan kepada beliau sebagai bentuk kasih sayang kepada umatnya agar mereka selalu menggunakannya. Hal ini menunjukkan kepedulian para Malaikat dan kecintaan mereka kepada umat ini. Oleh kerana itu, mereka dengan tulus menyampaikan nasihat agar menggunakan bekam.
Berikutnya para pembaca budiman, beberapa aspek penggunaan pengubatan bekam dan penjelasan tentang manfaatnya :
Di dalam bukunya, ath-Thibbun Nabawi wal ‘IImul Hadiits, Dr Muhammad an- Nasimi mengatakan :
“ Saya akan berbicara tentang istithbaabaat (penggunaaan bekam sebagai ubat) menurut kedoktoran moden (yakni, beberapa aspek kegunaan bekam menurut sudut pandang ilmu kedoktoran), kita pun dapat menerapkan aspek penggunaan ubat kedoktoran di dalam method pengubatan Nabi, kerana dimungkinkan untuk dapat dipraktikkan dengan mudah oleh semua kalangan di segenap pelusuk, khususnya di tempat – tempat yang jauh dari doktor atau yang jauh dari rumah sakit. Dan keadaan seperti itu sama seperti ketika menyediakan berbagai ubat (tradisional) yang di budayakan di rumah.